Free Blogger Templates Provided By Free Website Templates | Freethemes4all.com | SEO Design

.

 

This was written way back in the year 2001 when I was an agent with Great Eastern Life Assurance Berhad. Be assured that this is not an attempt to sell or promote insurance. However, as a caregiver, I feel it is very important for me to share what I had seen for myself; especially the importance of having a policy, particularly one that covers critical illnesses. Although I have since ceased to be an insurance agent, having made the decision to instead concentrate on being a full-time alternative medicine practitioner, I still advocate the importance for each woman to own such a policy. And this is regardless of how `small' a sum the policy is, and regardless of her financial standing.  
A  policy is an asset not a liability


At that time, only Great Eastern had offered coverage for critical illnesses with a basic policy. Other insurance companies offered only riders that were attached to the basic policies. For those unfamiliar with insurance terms, it simply means the sum insured with a basic policy will increase by the year. This will hedge against inflation, so a sum insured - say RM50,000 in year 2010 - may increase to RM100,000 in 15 years without any increase in premiums (the periodical sum we “contribute” in the pool of funds managed by the company for policyholders). 

Should a policyholder be diagnosed by a registered medical practitioner with any one of the critical illnesses mentioned in the policy (at the time when I left this career in 2005, the maximum number of illnesses covered was 36), the money is given in one lump sum to the policyholder. Great Eastern has absolutely no problems in doing this. It is financially solid; it is the biggest insurance company in Malaysia; and not some other company as claimed in the latter's advertisements and through its agents ... as far as their liquid assets are concerned. And this is verified by the Bank Negara Report on this particular aspect. In fact, it had (again, at that time) the second biggest amount of cash reserves after the Employees Provident Fund (EPF). 

This is the reason why I'm mentioning about all this: when one is in a state of despair and devastated after being diagnosed of a critical illness, the last thing she wants is a problem with her insurance company. The mental and emotional state of mind is crucial when dealing with a critical illness - so crucial as to even determine if one will pull through the illness … or not. Therefore a guaranteed source of income that becomes available when we are unable is really assuring and a crucial help during the worst of times.
Here’s my story…

KISAH BENAR SEORANG WANITA, ISTERI, IBU DAN PENYAKIT KANSER

Apabila saya melihat wajah kakak saya, Azian atau panggilan Yan di kalangan keluarga dan sahabat-sahabatnya, saya tak habis bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah memanjangkan umurnya. Yan adalah kakak yang paling rapat dengan saya, dari segi susunan keluarga maupun dari segi perhubungan kami.

Dengan Yanlah saya menangis dan mengadu, bersamanyalah saya bergembira dan berkongsi suka. Kami kerap pergi bercuti bersama samada di dalam atau luar negara. Sampaikan bulan madunya pun saya telah mengikutnya sekali. Masa kecil-kecil dulu saya rasa Yanlah orang yang paling bijak, tanyalah tentang hal apa pun, Yan  pasti mengetahui jawapannya. Dia seorang yang sangat “sensible”; sesuatu keadaan yang saya rasa sangat rumit, tetapi bagi Yan, mudah saja dia mendapat penyelesaiannya. Saya selalu terasa bodoh dan banyak kekurangan jika dibandingkan dengannya. 

Yan seorang yang sangat tegas, namun dalam ketegasannya, ada kelembutan dalam hatinya. Pantang saya sebut hendakkan sesuatu, dia mesti dapatkannya untuk saya. Dia amat prihatin dan selalu mengambil perhatian tentang keadaan adiknya dan juga ibubapanya.

Yan adalah graduan Accontancy dari United Kingdom dan pada masa itu dia mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi. Dia telah bekerja di beberapa organisasi yang besar dan ternama antaranya Bank Negara Malaysia, Mayban Finance (sekarang digabung dengan Maybank Berhad), Petronas dan Proton dalam usahanya untuk mara ke hadapan dalam kerjayanya yang amat cemerlang masa itu. 

Dalam tahun 1995, Yan telah menerima tawaran untuk bekerja dalam sebuah lagi bank terkemuka dengan jawatan dan gaji yang lebih tinggi lagi. Yan telah pun meletakkan jawatan di syarikat sebelum ini dan dia cuma menunggu hari untuk mula bekerja di tempat baru. Namun sebelum sempat dia mula bekerja dengan bank tersebut, Yan telah didiagnos menghidapi kanser. 
Invasive cancer cells on the right


Keadaan ini berlaku apabila Yan mengandung anak keempatnya. Fetus atau janinnya tidak membentuk dengan sempurna lalu menjadi satu gumpalan ketumbuhan yang abnormal seperti buah anggur. Ini dikenali sebagai molar pregnancy. Keadaan ini telah dikesan awal oleh pakar gynecologist yang paling berpengelaman di hospital di mana Yan membuat pemeriksaan pre-natalnya. Setelah menjalani biopsy dan disahkan positif, Yan diarahkan ke Hospital Universiti (sekarang dikenali sebagai University Malaya Medical Centre) untuk menjalani rawatan seterusnya.
In developed countries, one needs an insurance policy to be admitted and treated in a hospital. Malaysia is slowly but surely moving towards that


Yan telah mengharungi sembilan sesi kemoterapi semuanya. Pada masa itu, tiada ubat tahan muntah yang efektif. Yan akan mengalami muntah yang teruk dan cirit-birit selepas setiap sesi. Dia akan rasa panas dan amat tidak selesa. Selera makannya terus hilang. Keadaan ini akan berterusan sehingga seminggu selepas setiap sesi. Tubuhnya yang agak sasa kini tinggal kulit dan tulang. Kulitnya yang cerah menjadi gelap hingga ke kukunya seolah-olah isinya terbakar kerana sifat panas ubat kimoterapi. 
"Molar pregnancy" peringkat awal

"Molar pregnancy" yang telah memenuhi ruang rahim



Dan sudah tentunya rambutnya yang lebat, panjang dan kerinting gugur segenggam demi segenggam sehingga tiada walau seurat pun di atas kepalanya. 

Salah satu dari fungsi ubat kimoterapi adalah untuk menahan sistem imun tubuh supaya tiada rintangan dari antibody semulajadi dalam tubuh semasa kimoterapi dijalankan. Oleh yang demikian, Yan berisiko tinggi mendapat jangkitan kuman. Dia pernah terkena serangan campak yang menghasilkan bisul-bisul yang besar di seluruh badannya, dan hingga ke hari ini, ada parut yang ditinggalkan oleh demam campak yang masih kelihatan. Di lengan kirinya terdapat parut yang lebih besar dan menjadi keras, akibat kecuaian seorang jururawat yang telah membuat kesilapan semasa menyuntik jarum yang tidak masuk ke dalam urat darah.

Semasa Yan berada di dalam hospital untuk menjalani rawatan, kami telah mengenali dan melihat keadaan dan nasib pesakit-pesakit kanser wanita yang lain di dalam wad. Ramai di antara mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran untuk mendapatkan rawatan yang sempurna. Ada yang datang dari jauh dan duit pula amat terhad untuk selalu datang ke hospital di Petaling Jaya. Ada pula yang dilarang oleh suami untuk meninggalkan rumah kerana suami enggan mengambilalih penjagaan anak-anak. Tidak kurang juga yang ditinggalkan suami apabila diketahui mereka menghidap penyakit kanser. Kerap kami melihat katil yang ada pesakit hari ini dikosongkan pada hari keesokannya apabila kecundang melawan penyakit yang datang dengan senyap tapi sangat cepat itu.
Breast cancer cells, the No 1 killer amongst women.


Ingatan Yan amat terjejas kerana kimoterapi telah memusnahkan banyak sel-sel otak. Doctor telah juga memberitahu Yan yang kemungkinan untuk mengandung lagi teramat nipis kerana semua telur-telur di dalam ovarinya juga turut musnah.

Namun Yan tidak pernah patah semangat. Saya amat mengagumi ketabahan kakakku yang tidak pernah menitiskan airmata di depan ahli keluarganya maupun sesiapa pun. Dia tidak pernah merungut atau marah dengan musibah yang menimpa dirinya. Malah saya yang sering menangis selepas melawatnya apabila meninggalkan dirinya seorang diri di dalam wad kanser itu. Saya tahu bahawa ketakutan yang Yan mungkin merasai pada setiap detik waktu itu kerana setiap pesakit kanser berada di antara hidup dan mati. 


Taubat, tafwid, tawakkal dan tawadhu' adalah amalan ibadah qalbiah yang amat penting dalam proses penyembuhan. Penyembuhan rohani perlu diutamakan dalam rawatan semua jenis penyakit fizikal.
Sebenarnya semua manusia berada di dalam keadaan begitu, tidak seorang pun akan lepas dari kematian samada dalam keadaan sakit mapun sihat.. Tetapi bagi mereka yang menghadapi situasi seperti penyakit kronik ini, hakikat kematian terpampang di hadapan mereka. Walhal hanya Allah yang megetahui yang sebenarnya.

Yan, dengan izin dan rahmat Allah swt telah sembuh sepenuhnya setelah menjalani rawatan susulan yang rapi selama dua tahun. Setelah sedia pulih barulah Yan meluahkan perasaan sebenarnya ketika berada dalam keadaan kritikal. Dia memang merasai bahawa dia berada di ambang maut dan pada masa bila-bila sahaja, keadaannya mungkin boleh berubah menjadi lebih teruk. Pada ketika itu, Yan hanya teringatkan tiga anak-anaknya yang masih kecil waktu itu. Kata Yan lagi, tidak ada perkara yang lebih menakutkan dari mati di usia yang muda.
Rapat dari kecil dan semakin rapat di usia hampir mencecah setengah abad!


Oleh kerana Yan mempunyai latarbelakang dalam bidang kewangan dan sifat semulajadinya yang pandai merancang masa hadapan, Yan telah mengambil langkah yang bijak untuk melindngi dirinya dengan  polisi insuran yang merangkumi perlindungan daripada tiga puluh enam jenis penyakit kronik. Yan telah menerima duit pampasan sebanyak RM60,000 dari syarikat Great Eastern Life.

Selain dari membiayai kos rawatan di hospital, Yan telah dapat  menggunakan duit tersebut untuk membeli apa saja ubat, vitamin dan supplemen yang diperlukan untuk mempercepatkan proses penyembuhannya walaupun dia tidak bekerja waktu itu.

Oleh kerana keadaan ingatannya yang sangat lemah Yan tidak dapat bekerja seperti dahulu. Tetapi Yan berpeluang untuk memulakan perniagaannya sendiri sebagai sumber pendapatan dengan menggunakan wang pampasan insurans yang selebihnya. Yan telah membuka sebuah butik di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Rezeki dari Allah Yang Maha Pemurah mendatang lagi apabila Yan telah dianugerahkan dengan seorang lagi anak yang normal. Kewujudan bayi ini suatu yang amat menakjubkan memandangakan keadaan Yan yang telah kehilangan semua telur-telurnya setelah menjalani kimoterapi.
Anak istimewa Yan, Haneef bersama Papanya

KurniaNya melimpah-limpah lagi apabila Yan telah kembali ke tahap normal dan beliau mula bekerja semula di Bank Islam. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan di sini bahawa polisi insuran yang Yan telah miliki pada ketika dia sihat telah menjadi salah satu factor utama dalam usaha Yan untuk meneruskan kehidupannya dan juga untuk menjamin masa hadapan anak-anak kesayangannya.

Yan kini menjadi seorang usahawan dalam bidang pertanian dan pendidikan. Beliau telah diisytiharkan bebas dari kanser sejak beberapa tahun yang lalu. Namun Yan tetap menjaga kesihatannya dengan baik terutama pemakanannya. Makanan yang menjadi keutamaannya ialah yang tinggi kandungan antioksidannya seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara dan buah delima. 
Minyak zaitun Laleli Olive Oil adalah antara yang terbaik di dunia. Kajian menunjukkan minyak zaitun mencegah dan merawat penyakit kanser terutamanya kanser payudara dan kanser prostat.

Yan telah dapat melihat dengan dirinya sendiri kebesaran Allah dan kebenaran dalam ilmuNya melalui  ayat-ayat suci Al-Quran,dan hadith. Kini beliau amat yakin dengan kaedah perubatan Nabi dan menjadi pengamalnya yang sangat setia. Seperti falsafah kaedah perubatan ini, Yan kini telah sedia maklum bahawa pencegahan dari penyakit atau musibah dan persediaan merupakan pertimbangan yang perlu diutamakan dalam prinsip hidup.


Newer Posts Older Posts Home

 
Cendana NETwww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates